Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Lancarkan Suruhanjaya Global “AI for Good”

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bersama International Telecommunication Union mengumumkan penubuhan AI for Good Global Commission, sebuah suruhanjaya antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin dunia dan syarikat teknologi untuk membentuk hala tuju pembangunan AI yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Suruhanjaya ini diwujudkan kerana setiap negara kini mempunyai pendekatan berbeza terhadap kawal selia AI. Melalui inisiatif ini, UN berharap dapat membina standard global berkaitan keselamatan, etika dan tadbir urus AI supaya inovasi dapat berkembang tanpa mengabaikan kepentingan masyarakat.

Mesyuarat pertama dijadualkan berlangsung di Geneva pada minggu hadapan dan dijangka menjadi antara forum AI paling penting tahun ini