Microsoft Melabur USD2.5 Bilion Untuk Mempercepat Transformasi AI Enterprise

Microsoft mengumumkan penubuhan Microsoft Frontier Company, sebuah entiti baharu yang akan membantu organisasi membina penyelesaian AI yang lebih praktikal dan memberi pulangan kepada perniagaan.

Berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang banyak bergantung kepada satu model AI, syarikat kini semakin memilih gabungan pelbagai model seperti OpenAI, model sumber terbuka dan model khusus mengikut keperluan mereka. Microsoft mahu menjadi rakan strategik yang membantu pelanggan memilih teknologi terbaik, bukan sekadar menjual platform AI.

Perubahan ini menunjukkan bahawa fasa AI kini sedang bergerak daripada eksperimen kepada penggunaan sebenar dalam operasi syarikat berskala besar.